Posts

Showing posts from October, 2014

ADUH!!! SAKITNYA GOUT....

Image
Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya =========================================================================== 1) Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. 2) Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. 3) Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). 4) Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. 5) Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. 6) Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. TANDA GOUT ***************** >Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. >Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. >Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. >Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. >Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2

DARAH TINGGI????

Image
******************* Tekanan Darah Tinggi ******************* Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%. Tekanan Darah Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75. Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140) Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75) Tekanan Darah Abnormal Kategori Sistolik Diastolik Normal bawah 120 dan bawah 80 Pre-hypertensi 120 - 139 atau 80-90 Hypertensi 140 dan ke atas atau 90 dan ke atas Hypertensi sistolik 160 dan ke atas dan bawah 90 Penyebab-penyebab ================= Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh: ✔Penyakit buah pi