ALERGIK PANAS



ALERGIK PANAS

Apa itu alergik panas?

Sejak bulan April 2016 yang lalu, tiba-tiba kulit saya menjadi sangat-sangat SENSITIF. yang peliknya HANYA DI TANGAN DAN MUKA. Pada masa itu, hairan juga kenapa jadi begini. Ingat ALERGIK MAKANAN. Saya biarkan sahaja.

Semakin lama semakin "teruk". Bila digaru sebab gatal, makin menjadi jadi sehingga luka dan menjadi radang. Luka pula sehingga bernanah!

Ya Allah, masa itu dah mula terfikir, apa yang tak kena dengan badan aku.Tewas juga akhirnya bila gatal tidak dapat dikawal. mulanya ke farmasi membeli ubat sapu sahaja. Namun tidak berkesan, malah menjadi semakin buruk.

Akhirnya ke klinik, doktor sahkan ALERGIK. Tanpa cakap banyak...doktor kata" kalau awak telefon dan cakap pada saya tanpa tengok pun saya tahu alergik. ALERGIK PANAS! Nak ok kena tunggu bulan 6"

Aiikkk....apasal kena tunggu bulan 6 doktor?

Doktor kata bila dah start hujan, mungkin dah boleh baik...

Alamak....betul ke cakap doktor ni? hmmmm WAS-WAS benar.

So apa lagi...tunggu je lah.


Bulan berganti bulan, namun keadaan masih sama. Yang jadi masalahnya, bila bawa motor untuk ambil adik manis tengahari, sekejap aje lepas tu mulalah GATAL-GATAL, MERAH DAN BERMULALAH EPISOD GARU MENGARU.

Suami saya, tak benarkan saya naik motor lagi sehingga baik. Terpaksa lah ulang alik naik kereta sahaja.

Nak tahu lebih lanjut?

Comments

  1. Salam Kak Nadia, saya pernah kena alergik panas ni..sampai bengkak muka, tangan dan kaki yg kena cahaya matahari..mmg gatal merenyam2 rasa.dah jumpa doc pakar kulit, buat blood test semua..jawapan dia saya ni Puteri Lilin.tak boleh kena panas..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Zaidah? Saya baru je jadi. Tapi dah dapat solution. Masih dalam peringkat pemulihan. Setakat ni ada perubahan dah. Itu yang nak share serba sikit info ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DARAH TINGGI????