TIPS MENGURANGKAN ALERGIK PANAS



Saya nak share tips sedikit macamana nak at least  "mengurangkan" alergik panas.

1. Dah nama pun "alergik panas" kan of coz perkara PALING PENTING mula mula ialah kita hindari dari KENA PANAS, BERJEMUR, dan seangkatan dengannya. Puteri lilin lah katakan. Hihihi. Kalau kena guna payung, gunalah.

Tujuan utama elakkan kena panas ialah supaya kita boleh KURANGKAN RADANG PADA KULIT.
Kalau asyik kena macam mana nak baik kan?

Kita kena mulakan daripada PUNCA ALERGIK.

Macam saya...naik motor ambil adik manis balik sekolah lah punca kena alergik ni...so, terpaksa lah naik kereta walaupun leceh nak cari parking bagai . We have to!

2. Bila dah elakkan punca radang ni, pastikan kita minum air banyak. Sekurang kurang 3 liter sehari.
Tujuannya ialah melembabkan kulit. Kalau kulit kena panas berpeluh lagi bertambah gatal! Bila terlampau kering kulit rasanya lagi mudah kena alergik kot  dari pengalaman saya.

3. Secara tak sengaja saya telah menemui penggunaan Minyak Safi berwarna ungu mengandungi Vit E semasa menggunakan untuk menyikat rambut adik manis setiap pagi.

Minyak ini, secara tak sengaja saya cuba sapu di kulit tangan bekas saki baki adik manis dan menunjukkan KESAN POSITIF pada kulit saya.

Fuhhh memang best sebab minyak safi ni actually tak berminyak pun! Dia meresap dalam kulit dan hilang. Saya perasan kesan kesan parut pun makin pudar 

Saya tak jual produk safi ye..cuma share berdasarkan pengalaman saya.

4. Saya juga get ready dengan ubat sapu DERMAPRO OITNMENT jika terkena panas, cepat cepat saya sapu.

5. Seboleh bolehnya saya elakkan ubat gatal dan ubat alahan. Tetapi kalau dah kena teruk memang terpaksa telan lah juga. Ubat boleh dirujuk dengan doktor ya.

6. Tips yang lain, kalau dah kena teruk sangat dan tak tahan, boleh lah rujuk doktor untuk dapatkan suntikan. Kata doktor boleh tahan sehingga 1 tahun 

7. Setelah di google, saya cuba rawatan ALTERNATIF iaitu pengambilan suplemen. Kini setelah hampir 2 minggu konsisten, Alhamdulillah menunjukkan tanda tanda PEMULIHAN.


Saya dapat rasakan KESAN POSITIF bila bercuti baru baru ini. Walaupun saya berjemur mandi kolam renang, Alhamdulillah hampir tiada kesan pada kulit saya.


Nak tahu apa yang saya ambil?


Teruskan membaca di blog saya

#akualergikpanas




Comments

Popular posts from this blog

DARAH TINGGI????

ALERGIK PANAS